Posts

Showing posts from April, 2023

MY EXPERIENCE ON MC+ (ONLINE TUITION)

Image
Assalamualaikum dan hai, korang. Lama tak jumpa, kan? Eh, lama ke? Seperti yang tertulis di bahagian tajuk, hari ini saya nak share serba sedikit pengalaman peribadi saya sewaktu menyertai salah satu pusat tuisyen dalam talian yang terbesar di Malaysia iaitu MCPlus. MCPlus? Apa itu?      MCPlus atau MC+ ialah singkatan daripada Maths Clinic Plus. Eh, ajar math sahajakah? Bukan. Di Maths Clinic Plus, mereka mengajar pelbagai subjek teras seperti Matematik, Sains, Biologi, Perniagaan, Sejarah dan lain-lain. Dan, kebanyakan daripada tenaga pengajar ini telah pun dikenali ramai di serata Malaysia menerusi aplikasi Tik Tok, Instagram, rancangan televisyen serta media yang lain terutamanya bagi SirPuloh seperti Sir Uzairi, Sir Fathi (Abah), Sir Shakib (Ayah) dan sebagainya. MC+ telah diasaskan oleh seorang lelaki yang juga merupakan seorang pendidik iaitu Shakib Shamsuddin atau lebih dikenali di kalangan pelajar sebagai Ayah.        Saya mula menyerta...